BM | EN | 中文

BELANJAWAN JOHOR 2020: REFORMASI SEGMEN PERUMAHAN

IMG-20191118-WA0020.jpg

 

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Kerajaan Johor akan menumpukan kepada reformasi segmen perumahan dalam pembentangan Belanjawan 2020, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, sehingga kini Johor telah menyiapkan 5,597 Rumah Mampu Biaya, manakala 19,969 buah yang kini pada peringkat pembinaan.

“Disini sahaja telah menunjukkan 25,000 unit dalam pembinaan dan ada yang telah siap. Kerajaan negeri Insya Allah berada di landasan yang betul untuk memacu ke arah 100,000 unit dalam tempoh lima tahun menjelang 2023,” kata Dzulkefly.

Beliau berkata demikian pada wawancara menjelang Belanjawan 2020 bersama Awani Pagi di stesen Astro Awani pagi ini.

Kata Dzulkefly kajian kerajaan Johor bagi Belanjawan 2020 mendapati golongan B40 berpendapatan isi rumah sebulan RM2,500 mengalami kesukaran mendapat pinjaman perumahan dari bank dan institusi kewangan disebabkan ketiadaan penyata kewangan, pekerjaan tetap dan sebagainya.

“Bagi membantu golongan ini, dalam Belanjawan 2020 kita perkenalkan satu produk yang mampu milik oleh golongan ‘lower end’ B40,” kata Dzulkefly.

Selain itu katanya, kerajaan Johor turut memperkenalkan program Rumah Transit yang membawa manfaat kepada golongan belia berumur 21 hingga 30 tahun.

“Bila kita sebut transit, ia bermakna sementara dan mempunyai unsur-unsur subsidi. Dalam masa yang sama mereka menghadapi kesukaran macam mana nak sediakan deposit rumah 10 peratus.

“Oleh sebab itu satu konsep baru akan kita perkenalkan kepada rumah transit belia ini. Bila keluar, mereka sudah ada 10 peratus deposit untuk mereka membeli rumah idaman selepas tempoh transit.

Jelas Dzulkefly, sebahagian dari sewa yang dibayar itu, akan disimpan kerajaan bagi pihak penyewa sebagai tabungan bagi menyediakan 10 peratus deposit untuk pembelian rumah.

Tambah Dzulkefly, perincian berhubung program tersebut akan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam Belanjawan Johor 2020 pada 21 Nov nanti.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top