BM | EN | 中文

BELANJAWAN JOHOR 2020 PERKASA SYIAR ISLAM

IMG-20191122-WA0024-e1574422844937.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 NOV: Membangun modal insan dan memperkasa syiar Islam antara teras dalam pembentangan Belanjawan Johor 2020, semalam.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri Johor akan memberi perhatian utama kepada pembangunan prasarana pendidikan agama Islam di negeri Johor.

“Pada tahun 2020, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM41.8 juta bagi tujuan pembangunan dan baikpulih sekolah agama kerajaan seluruh negeri Johor.

Advertisement

“Kerajaan Johor juga akan meneliti untuk menaiktaraf Kolej Tinggi Islam Johor (MARSAH) kepada Kolej Universiti Islam Johor,” kata Sahruddin.

Selain itu kata Sahruddin, bagi memastikan usaha pengukuhan syiar Islam diperkasakan, sebanyak RM2.15 juta akan diperuntukkan bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan masjid dan surau seluruh Johor.

“Kerajaan juga bersetuju menilai semula dan mengkaji kenaikan elaun bagi imam-imam masjid dan surau seluruh negeri Johor,” kata Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong.

Advertisement

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu pembentangan Belanjawan Johor 2020 yang bertemakan ‘Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari’ di bangunan Dewan Undangan Negeri, Kota Iskandar semalam.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top