BM | EN | 中文

BELANJAWAN JOHOR 2020- PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN AKAN DIBERI FOKUS

IMG-20191112-WA0047.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 12 NOV : Segmen pendidikan dan modal insan akan diberi fokus kerajaan negeri pada perbentangan Belanjawan Johor 2020 pada 21 November ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ini berikutan, segmen itu mendapat maklum balas tertinggi menerusi input yang dijalankan membabitkan 5,678 rakyat negeri ini.

Advertisement

“Kita menerima sebanyak 923 maklum balas untuk segmen pendidikan dan modal insan diikuti 852 maklum balas bagi kesejahteraan rakyat dan kos sara hidup.

“Manakala, segmen alam sekitar sebanyak adalah 812, ekonomi pula sebanyak 800, infrastruktur sebanyak 773, urustadbir sebanyak 676

dan lain-lain segmen sebanyak 842,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas sesi temubual khas Selekti Konti Radio RTM bersama Menteri Besar Johor sempena Pra Belanjawan Johor 2020, di sini, hari ini.

Dr Sahruddin berkata, pelbagai berita baik berita baik dan buah tangan akan turut diumumkan kepada rakyat sama ada di kawasan di bandar mahupun di kawasan luar bandar.

“Antaranya kepada golongan B40, petani, nelayan, usahawan, wanita, belia, pelajar dan tidak ketinggalan penjawat awam serta pelbagai lagi.

Advertisement

 

“Pembangunan di kawasan luar bandar sebagai contoh akan terus diperkasakan dengan penambahbaikan dari aspek infrastruktur, bantuan-bantuan keusahawasan dan pertanian.

“Kerajaan negeri akan memperkasakan sektor pertanian menerusi gagasan Revolusi Hijau  yang antara lain akan mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian, meningkatkan prasarana di kawasan tanah pertanian dan menggalakkan penggunaan teknologi moden,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, belanjawan yang bertemakan memakmur dan mensejahterakan Johor Bestari itu juga turut mengandungi lebih 65 peratus titik fokus tambahan berbanding sebelum ini.

“Pelbagai bantuan dan insentif kepada masyarakat khususnya di kalangan B40 juga akan terus diberi penekanan di dalam aspek menyediakan pembinaan rumah mampu biaya yang mencukupi, bantuan dan latihan keusahawanan, kesihatan dan sebagainya.

 

Advertisement

“Aspek peluang dan pendidikan turut menjadi fokus kerajaan dengan bantuan pendidikan yang berkualiti dan terkini kepada rakyat.

“Ini selaras dengan penekanan kerajaan persekutuan di dalam bidang pendidikan termasuk TVET dan juga selaras dengan perkembangan Revolusi  Perindustrian 4.0,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top