BM | EN | 中文

BELANJAWAN JOHOR 2020 – MEMARTABATKAN SENI TAMPAK DAN SENI PERSEMBAHAN

tari-daerah_20151129_150810.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV: Kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan meneruskan program karnival atau festival yang menghimpunkan pelbagai bidang seni dan budaya bagi merakyatkan seni budaya dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sebanyak RM1 juta akan diperuntukan untuk penerusan Festival Seni Budaya Johor, Festival Tari Rakyat Johor dan Sareosa Bhusana iaitu platform pameran evolusi pakaian tradisional.

Advertisement

“Selain daripada itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Johor akan mempromosikan aktiviti kesenian melalui Program Semarak Seni Budaya dan Program Permainan Tradisional dengan peruntukan sebanyak RM400,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Dr Sahrudddin berkata, manakala bagi meneruskan program-program berkaitan bidang kesenian bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan penggiat produk kraftangan, sebanyak RM500,000 di peruntukan.

Advertisement

“Ini termasuklah untuk latihan kain benang Johor (Tenunan Johor) dan Lestari Seni Budaya Johor dimana antara pengisiannya ialah penganjuran kelas latihan oleh tenaga pengajar telatih dan berpengalaman,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Sahrudddin berkata sebanyak RM300,000 diperuntukan untuk kaedah pemuliharaan dokumen-dokumen bersejarah berkaitan negeri Johor, dimana ia akan ditambahbaik menerusi Projek Pendokumentasian Sejarah Secara Digital dan Sistem Penyimpanan di Pusat Dokumentasi Johor.

Katanya, proses ini akan dijalankan secara berterusan dan mensasarkan sebanyak 571 buah dokumen dapat disiapkan pada tahun hadapan.

Advertisement

“Inisiatif yang dijalankan melibatkan koleksi buku sejarah, Kesultanan Johor, manuskrip, kesusasteraan, tokoh Johor, tamadun Melayu, ekonomi dan dokumen-dokumen yang berkaitan,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top