BM | EN | 中文

BELANJAWAN JOHOR 2020 – JOHOR BENTANG BELANJAWAN LEBIHAN 10 TAHUN BERTURUT-TURUT

belanjawan.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV : Kerajaan negeri, hari ini membentangkan belanjawan lebihan untuk tahun kesepuluh berturut-turut dengan menyaksikan surplus sebanyak RM2.36 juta.

Ia adalah belanjawan lebihan untuk tahun kedua di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentangkan buat julung kalinya oleh Menteri Besar Johor ke-17, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Belanjawan bertemakan Memakmur Dan Mensejahtera Johor Bestari itu mengandungi enam teras strategik.

Advertisement

Menurut Dr Sahruddin, ia merangkumi mensejahtera rakyat, memakmur ekonomi, melestari alam sekitar, membangun modal insan dan memperkasa syiar Islam, mengukuh jati diri dan memugar warisan budaya serta menambahbaik tadbir urus yang cekap dan berintegriti.

“Kerajaan negeri juga turut menyenaraikan sebanyak 183 titik fokus untuk dilaksanakan dalam Belanjawan Johor 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini, hari ini.

Advertisement

Katanya, anggaran hasil kerajaan negeri pada tahun 2020 mencapai RM1,785.99 juta sekali gus meletakkannya sebagai anggaran hasil yang tertinggi dalam sejarah penyediaan Belanjawan Negeri Johor.

“Ini bermaksud anggaran kutipan hasil bagi tahun hadapan meningkat sebanyak 15.02 peratus berbanding tahun 2019.

“Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang terus berdaya tahan, maka kerajaan negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1,783.63 juta.

Advertisement

“Secara keseluruhannya, Belanjawan Johor 2020 dijangka akan mengalami lebihan sebanyak RM2.36 juta berpunca dari dasar fiskal negeri yang berkesan dengan melaksanakan perbelanjaan berhemah dan berintegriti selain pengurusan cekap atas hasil yang mampan,” katanya.

Tambahnya, sejumlah RM963.13 juta iaitu tidak termasuk caruman kepada pelbagai Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 – Akta 61 diperuntukkan.

“Ini bagi tujuan belanja mengurus meliputi emolumen merangkumi RM515.95 juta, Perkhidmatan dan bekalan (RM273.45 juta), Aset (RM17.83 juta), Perbelanjaan lain (RM155.90 juta).

Advertisement

“Bagi perbelanjaan pembangunan tahun 2020, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM780 juta iaitu melalui caruman kepada kumpulan wang pembangunan dengan peningkatan sebanyak RM180 juta berbanding tahun 2019 sebanyak RM600 juta,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top