BM | EN | 中文

BELANJAWAN JOHOR 2020 BERPAKSIKAN RAKYAT

IMG-20191110-WA0008.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 10 NOV: Belanjawan Johor 2020 yang akan dibentangkan pada 21 November ini akan menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam merealisasikan pembangunan yang mampan, inklusif dan holistik.

Advertisement

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, hal itu kerana kerajaan negeri komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

“Bumi Johor sebagai negeri yang makmur, pembangunan yang pesat, maju serta ekonominya yang berdaya tahan malah telah menggapai semua yang dinyatakan.

“Kerajaan negeri Johor sentiasa meletakkan keutamaan terhadap soal ksejahteraan rakyat.

Advertisement

“Ia bukan satu tugas yang mudah, tetapi percayalah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan mempunyai hala tuju yang jelas untuk menjayakan setiap agenda yang dirancang.

“Oleh itu pembentangan belanjawan Johor 2020 yang berpaksikan rakyat akan memacu negeri ini ke arah pembangunan yang pesat, inklusif dan holistik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu video promosi bagi menguar-uarkan pembentangan Belanjawan Johor 2020 pada 21 November ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top