BM | EN | 中文

BELANJAWAN JOHOR 2020 : ANAK MUDA HARAP DAPAT MANFAAT

Taqiuddin-e1575175434449.jpg
Advertisement

PoJOHOR BAHRU, 20 NOV : Pemuda Pakatan Harapan (PH) negeri berharap Belanjawan Johor yang akan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal esok membawa manfaat kepada golongan muda di negeri ini.

Ketuanya, Muhamad Taqiuddin Cheman berkata, oleh itu, kerajaan perlu memberikan peluang kepada anak muda untuk memakmur dan mensejahterakan mereka.

“Seperti mana yang kita tahu, peluang perkerjaan bagi anak muda dalam sektor swasta dan kerajaan antara faktor yang perlu dititikberatkan.

Advertisement

“Dalam masa yang sama, pembangunan sosial pendidikan terhadap golongan anak muda harus diberikan perhatian khusus,” katanya kepada JohorKini.

Muhamad Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang mahu kebajikan anak muda yang berkerja di Singapura diambil berat.

“Ramai anak muda yang berkerja di Singapura dan kebanyakkan mereka tidak mempunyai kehidupan berkualiti seperti tiada masa untuk beriadah hingga tahap kesihatan mereka turut terjejas yang perlu kerajaan ambil kira.

Advertisement

“Selain itu, tahun depan telah menyajikan Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang akan menampilkan anak muda berpotensi untuk mengharumkan nama negeri ini, maka dari itu diharapkan kerajaan dapat memikirkan soal kebajikan mereka seperti atlet dan sukarelawan yang akan membantu.

“Saya juga berharap kerajaan agar memfokuskan juga minat anak muda seperti permainan berteknologi serta memberi peluang pada mereka mengembangkan bakat mereka dalam belanjawan kali ini,” katanya lagi.

Justeru, beliau sangat berharap belanjawan yang akan dibentang ini tidak menyisihkan golongan anak muda di negeri ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top