BM | EN | 中文

BELANJAWAN ATAU BAJET

IMG-20191011-WA0014.jpg
Advertisement

Apa beza antara belanjawan dengan bajet? Kedua-dua sebenarnya sama sahaja dari segi makna.

Hanya berbeza dari segi penggunaan kerana bajet adalah bahasa percakapan manakala belanjawan adalah bahasa baku.

Maksud belanjawan ialah peruntukan wang untuk sesuatu keperluan atau untuk sesuatu jangka waktu seperti dalam takrif Kamus Dewan Edisi Keempat.

Advertisement

Walaupun, khidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008 menyarankan penggunaan kata bajet hendaklah digantikan dengan kata belanjawan dalam konteks rasmi, kata bajet lebih kerap digunakan dalam pembentangan belanjawan negara sebelum ini.

Bermula era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 sehingga era Datuk Seri Najib Tun Razak yang berakhir pada tahun 2018, pembentangan peruntukan kewangan negara menggunakan kata bajet.

Selepas berlaku perubahan kepemimpinan negara, kata belanjawan telah digunakan kembali bermula akhir tahun lepas.

Advertisement

Kata belanjawan bukanlah asing buat Tun Mahathir Mohamad yang telah menggunakannya dalam era kepimpinan beliau yang terdahulu bermula 1981 sehingga 2003.

Mungkin tidak ramai yang perasan tentang perubahan penggunaan kata belanjawan dan bajet ini kerana ia bukanlah isu penting.

Apatah lagi apabila kata bajet ini nampak lebih menarik dan santai digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat yang biasa bercakap dalam bahasa rojak.

Advertisement

Namun, kita seharusnya melihat perubahan ini sebagai satu tindakan baik dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa baku yang digunakan dalam urusan rasmi.

Penggunaan kata belanjawan yang dikembalikan menggantikan kata bajet adalah suatu petanda baik.

Namun, ia tidak nampak konsisten dalam perkara lain melibatkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih baik.

Advertisement

Negara kita memerlukan ketegasan di peringkat penggubal dasar, pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan bukanlah perkara baharu. Sejak era kepemimpinan Barisan Nasional lagi, para pejuang bahasa sudah mengangkat usaha ini.

Tentulah dengan perubahan kepemimpinan baharu, harapan tinggi diletakkan terhadap kerajaan Pakatan Harapan untuk meletakkan Bahasa Melayu pada martabatnya yang tertinggi dalam negara.

Advertisement

Mujurlah belanjawan negara pada setiap tahun dibaca menurut teks yang disediakan dalam bahasa kebangsaan secara baku.

Cubalah dengar Belanjawan 2020 esok, banyak istilah Bahasa Melayu yang wujud dan jarang kita dengar.

RUJUKAN:

Advertisement

1. https://youtu.be/0KI5B–0WdM

2. http://www1.treasury.gov.my/index.html

3. https://www.sinarharian.com.my/article/49845/BERITA/Nasional/Maszlee-tegur-kain-rentang-sekolah-tidak-guna-bahasa-kebangsaan

Advertisement

4. http://www.abim.org.my/index.php/berita-program/abim-pusat/item/1637-fakta-dan-kajian-akademik-buktikan-ppsmi-gagal.html

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top