BM | EN | 中文

Belanjawan 2021 tiada pembangunan kepada belia secara mampan

Sharon-Teoh-belia-belanjawan-2021.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 NOV: Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan semalam dilihat tidak mengemukakan pembangunan untuk program menyelamatkan nasib belia secara mampan.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Sharon Teoh berkata tindakan kerajaan yang memberikan bantuan ‘one off’ kepada belia tidak berjaya menyelamatkan nasib mereka.

Jelasnya, apa yang berlaku hari ini belia akan menjadi mangsa dalam arus ekonomi yang menghimpit keadaan ketika ini.

Advertisement

“Mengapa Jabatan Hal Ehwan Khas (JASA) terima begitu banyak peruntukan (RM 81.5 juta) berbanding pembangunan belia khususnya yang terpaksa berhadapan dengan keadaan yang mencabar hari ini.

“Seperti kita maklum pengkhususan terhadap golongan yang tercicir dari ekonomi dan hilang punca pendapatan ini tidak ditangani dengan secara mampan dalam belanjawan tersebut.

“Kerajaan perlu sedar akan perkara ini. Alternatif seperti di Johor khususnya, terdapat pekerja yang hilang perkerjaan yang berkerja di negara Singapura tidak berjaya mendapat apa-apa hibah dari belanjawan tersebut,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan peruntukan lebih RM81 juta untuk ‘menghidupkan’ semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Ahli politik termasuk dari Umno dan BN selain warganet menyifatan ia sebagai tidak berasas dan bercanggah dengan beberapa keutamaan lain, yang sepatutnya diberikan perhatian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top