BM | EN | 中文

Belanjawan 2021: Tiada lanjutan moratorium bayaran pinjaman

Tengku-Zafrul-Belanjawan-2021.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kerajaan tidak menerima cadangan Umno dan Pakatan Harapan untuk melanjutkan skim moratorium pinjaman, menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz .

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi Zafrul berkata, bank melaporkan bahawa 85 peratus pemberi pinjaman meneruskan pembayaran setelah moratorium tamat pada 30 September.

Bagaimanapun katanya, bank membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.

Advertisement

Pilihan itu peminjam boleh memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan.

Peminjam dari kategori M40 juga dibenarkan menyusun semula pakej kewangan mereka melalui proses pengisytiharan diri sekiranya mereka mengalami pengurangan pendapatan.

Kemudahan ini akan bermula pada Disember 2020.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top