BM | EN | 中文

Belanjawan 2021: Sektor pertanian turut tumpu penanaman nanas

Nanas-Johor.jpg

Gambar Ehsan expatgo.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Nanas, hasil bumi yang popular dari Johor turut diberi tumpuan bagi sektor pertanian sepertimana disebut dalam Belanjawan 2021, hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangannya hari ini berkata, kerajaan akan melaksanakan projek pertanian dan penternakan berimpak dan bernilai tinggi, termasuk penanaman nanas.

Difahamkan, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi projek pembangunan tersebut melalui cadangan kerjasama dengan kerajaan negeri.

Advertisement

Projek pertanian dan penternakan berimpak dan bernilai tinggi, iti merupakan salah satu dari beberapa inisiatif utama bagi sektor pertanian dan industri makanan akan dilaksanakan.

Selain tanaman nanas di, Johor, ia turut merangkumi penternakan udang galah di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, kerajaan turut merancang bagi peluasan Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar dan luar bandar dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.

Advertisement

Program ini menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 setiap individü atau RM50,000 bagi setiap komuniti yang dijangka memanfaatkan 60 ribu peserta.

Kerajaan turut merancang pelaksanaan Projek Pertanian Organik di peringkat komuniti dengan peruntukan RM50 juta dan dijangka memanfaatkan 13,000 komuniti.

Selain itu peruntukan RM10 juta secara geran padanan dengan RM30,000 bagi pelaksanaan Program Ladang e-SateIit kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bertujuan bagi pembelian peralatan pertanian berasaskan ‘Internet of Things’ termasuk dron.

Advertisement

Program itu dijangka memanfaatkan lebih 300 PPK dengan keahlian hampir 1 juta petani dan peladang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top