BM | EN | 中文

Belanjawan 2021: Muafakat Nasional bercanggah di pusat, apa pendirian Pas Johor?

Azam-Razak.jpg
Advertisement

MERSING, 17 NOV: Pas Johor diminta menyatakan pendirian berikutan terdapat ahli parlimen dari parti itu yang menyokong penuh Belanjawan 2021 ketika ada ahli parlimen Umno mengenakan syarat sokongan terhadap usul tersebut.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Abdul Razak berkata, percanggahan kedua parti itu tidak mustahil berlaku di negeri ini menjelang Belanjawan Johor pada hujung November.

“Di peringkat pusat ketidaksefahaman Pas dan Umno dilihat ketara. Ia boleh juga berlaku di Johor. Ini tidak mustahil kerana di Johor penerajunya adalah Umno.

Advertisement

“Apa pendirian Pas Johor dalam hal ini? Adakah menyokong atau menerima secara bersyarat seperti yang berlaku melalui cadangan dari pimpinan Umno di peringkat pusat? katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku boikot dari kalangan Adun kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap Belanjawan Johor 2021 kelak.

Katanya, tindakan itu berkemungkinan sahaja dari parti Pas, malah boleh juga berlaku di kalangan Adun dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Advertisement

“Di Johor terdapat majoriti tipis yang akan membuatkan keadaan setara jika ada satu atau dua Adun melakukan boikot terhadap Belanjawan Johor 2021 nanti.

“Ini mendatangkan bahaya kerana kerajaan Johor yang ada hari ini dengan ego tidak mahu berbincang dengan Adun pembangkang untuk sama-sama meneliti (belanjawan) dalam membantu rakyat Johor.

“Saya menggambarkan perkara ini (boikot) boleh terjadi dan ia akan membuatkan belanjawan tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Advertisement

“Inilah pentingnya kestabilan politik yang lahir dari mandat rakyat bukan secara pintu belakang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top