BM | EN | 中文

Belanjawan 2021: MP DAP tinjau pandangan awam tentang ‘perjanjian keyakinan dan perbekalan’

Anthony-Loke-Siew-Fook.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Ahli parlimen Seremban, Anthony Loke membuat tinjauan dan mendapatkan pandangan awam berhubung kewajaran pihak kerajaan dengan pembangkang mewujudkan ‘perjanjian keyakinan dan perbekalan’.

Pandangan itu timbul berikutan kesediaan gabungan Pakatan Harapan (PH) mengadakan perbincangan dengan kerajaan berhubung Belanjawan 2021 yang dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada 6 November.

Dalam kiriman di laman facebook Anthony berkata, konsep ‘perjanjian keyakinan dan perbekalan’ merupakan satu bentuk kerjasama politik yang biasa dijalin di negara-negara Komanwel yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala Westminster seperti Malaysia.

Advertisement

“Kerjasama ini merujuk kepada satu perjanjian rasmi yang dipersetujui di antara parti pemerintah dengan parti pembangkang tanpa kedua-dua pihak membentuk satu gabungan rasmi atau “coalition”.

“Secara kebiasaannya, perjanjian ini diperlukan oleh parti pemerintah yang tidak memperolehi kerusi majoriti atau kedudukan yang kurang stabil di Parlimen.

“Contoh negara yang pernah mengadakan perjanjian seperti ini ialah New Zealand, United Kingdom, Australia dan Kanada,” katanya.

Advertisement

Tambah beliau, perjanjian itu diperlukan agar kerajaan boleh berfungsi dengan mendapat kelulusan parlimen dalam Belanjawan tahunan dan parti pemerintah tidak ditumbangkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Selain itu, ahli Parlimen pembangkang boleh memilih untuk bersetuju dengan perjanjian seperti ini tertakluk kepada syarat dan agenda yang dipersetujui bersama tanpa menyertai atau menyokong parti pemerintah.

“Mereka juga bebas untuk bersuara dan mengkritik dasar kerajaan,” katanya lagi.

Advertisement

Tambah Setiausaha Organisasi DAP itu lagi, dalam kemelut politik dan penularan wabak Covid-19, konsep ini telah dicadangkan oleh beberapa pihak sebagai jalan penyelesaian sementara untuk mengelak daripada Parlimen dibubarkan.

“Adakah rakyat Malaysia bersedia untuk menerima perjanjian seperti ini di antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang?

“Saya ingin mendengar pandangan daripada anda,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top