BM | EN | 中文

Belanjawan 2021: Kerajaan perlu siapkan ‘perisai ekonomi’ hadapi kesan Covid-19

Belanjawan-2021.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 NOV: ‘Perisai ekonomi’ serampang tiga mata diperlukan dalam Belanjawan 2021 untuk menyelamatkan pekerjaan dan mata pencarian rakyat.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan pakej tersebut yang dijangka menelan belanja RM31.4 bilion.

Antaranya ialah bantuan kebajikan bulanan RM1,000 termasuk mereka yang menganggur, lanjutan automatik moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan serta insentif pengambilan pekerja untuk majikan dan pekerja.

Advertisement

“RM31.4 bilion ini tidak begitu besar berbanding pakej RM305 bilion KitaPrihatin yang nampaknya tidak memberikan impak diinginkan untuk menghidupkan semula ekonomi,” kata Guan Eng.

Beliau menjelaskan, di bawah perisai ekonomi belanjawan perpaduan, perlu ada pelaksanaan segera kenaikan bantuan kebajikan bulanan daripada RM200-300 kepada RM1,000 seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 30 Ogos 2020 di Sandakan.

Katanya ia akan menelan belanja RM12 bilion dan menyediakan jaringan keselamatan segera bagi pekerja yang menganggur.

Advertisement

Kedua katanya, lanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan lagi apabila ia tamat pada 30 September, yang berjumlah RM6.4 bilion yang akan membantu lapan juta individu dan syarikat Malaysia.

“Berbanding lanjutan moratorium pinjaman bank dan bantuan bank bersasar selepas 30 September, ia hanya membantu 1.4 juta peminjam.

“Ramai yang mengadu bahawa ini tidak memanfaatkan mereka, tetapi hanya menguntungkan institusi kewangan dengan sekadar memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman, dan justeru memerlukan pembayaran faedah yang lebih tinggi.

Advertisement

“Ketiga, insentif pengambilan pekerja untuk dua tahun di bawah MalaysiaKerj, iaitu RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 sebulan kepada majikan untuk mendorong mereka mengambil pekerja tempatan seperti dicadangkan PH dalam Belanjawan 2020,” katanya.

Tambah beliau, pelebaran skim ini merangkumi 600,000 pekerja Malaysia dan majikan mereka yang akan menelan belanja RM13 bilion.

“Ini juga akan membantu lebih 500,000 belia yang menganggur, yang merupakan sebahagian besar daripada kadar pengangguran 4.9 peratus.

Advertisement

“Untuk menyelamatkan dan mengeluarkan ekonomi kita daripada kemelesetan ekonomi sekarang, fokus kewangan kerajaan harus beralih daripada mengawal tahap hutang dan defisit fiskal negara, kepada meminjam lebih banyak wang.

“Obsesi untuk mengawal defisit negara untuk melindungi penarafan kredit negara perlu memberi laluan kepada strategi meminjam lebih banyak wang demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top