BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020: WANITA TUMPU EKONOMI, PENDIDIKAN DAN KELUARGA

IMG-20191004-WA0017.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT: Golongan wanita berharap agar Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, bantuan pendidikan, pembangunan institusi keluarga, isu keselamatan dan kestabilan masyarakat setempat.

Tinjauan Johorkini di sekitar bandaraya Johor Bahru mendapati, rata-rata golongan ini berharap belanjawan kali ini menekankan kepentingan bagi mempertingkatkan kesejahteraan diri dan keluarga.

Ina Fadilah Nizar

Bagi Ina Fadilah Nizar, 37, beliau berharap agar pihak kerajaan akan mempertimbang penyediaan peruntukan kecemasan bagi wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Advertisement

“Sebagai contoh menyediakan rumah transit, elaun makan sementara, bantuan persekolahan untuk anak-anak dan sebagainya untuk memberi perlindungan kepada golongan yang sedang menghadapi masalah ini.

“Seperti yang kita tahu, proses penceraian mengambil masa yang lama untuk selesai, maka, bantuan seperti ini adalah penting untuk membantu mengurangkan beban mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ina yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif, juga berharap agar pihak kerajaan akan menyediakan pembiayaan biasiswa khas untuk golonan wanita.

Advertisement

“Biasiswa yang dimaksudkan ini adalah berkaitan untuk menerapkan lebih ramai wanita ke bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan juga sijil-sijil lain yang berkaitan,” katanya.

Dini Sharon

Bagi seorang peniaga Dini Sharon, 29, beliau berharap agar peniaga dan usahawan wanita akan diberikan lebih bantuan menjelang belanjawan 2020 ini.

Beliau yang telah menjalankan perniagaan sejak 10 tahun lalu di Taman Sri Stulang di sini berkata, usaha pembangunan ekonomi wanita juga harus diberikan perhatian.

Advertisement

“Sebagai contoh perbanyakkan lagi bantuan untuk peniaga dan usahawan wanita untuk kesenangan masyarakat bersama,”katanya.

Manakala bagi Thanam Visvanathan, 52, beliau berharap pihak kerajaan akan memberi fokus dalam memperbaiki kualiti pusat jagaan kanak-kanak bagi mengurangkan kebimbangan yang timbul dikalangan ibu-ibu yang bekerja.

Thanam Visvanathan

Katanya, antara perkara yang harus diberikan perhatian termasuklah penyediaan latihan yang bersesuaian untuk penjaga di pusat-pusat ini.

Advertisement

“Ini berikutan daripada kes pengabaian kanak-kanak yang sering berlaku dan telah menimbulkan kerisauan bukan sahaja dikalangan ibu-ibu tetapi juga pada bapa yang sibuk bekerja.

“Jika pihak kerajaan boleh fokus tentang penambahbaikkan pusat-pusat jagaan ini, maka ibu bapa boleh keluar mencari rezeki dengan tenang,” katanya lagi.

Manakala bagi penolong jurutera Ainaa Azhar, 26, beliau berharap agar kempen-kempen kesedaran untuk membantu mangsa penderaan akan lebih diperhebatkan lagi menjelang belanjawan 2020 ini.

Advertisement

“Sebagai contoh talian Nur, sesetengah mangsa masih lagi tidak tahu menahu berkenaan bantuan ini.

“Justeru itu, pihak kerajaan harus tingkatkan lagi hebahan mengenai kempen-kempen seperti berikut bagi membantu mangsa-mangsa sedemikian,” katanya.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober ini dan merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top