BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020: USAHA ATASI KESESAKAN TAMBAK JOHOR, PROJEK RTS DITERUSKAN

tambak-johor-bh-sg.jpg
Advertisement

(DIKEMASKINI)

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Sebagai sebahagian daripada langkah jangka panjang untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 hari ini bagaimanapun, tidak memperincikan jumlah peruntukan bagi pembinaan RTS.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM85 juta bermula tahun 2020 dalam usaha melancarkan aliran trafik kenderaan khususnya yang melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

Tambah Guan Eng, melalui peruntukan tersebut, 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motosikal serta kaunter imigresen manakala Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) juga akan ditambah baik.

Statistik Jabatan Imigresen menyatakan, lebih 300 ribu rakyat Malaysia, yang kebanyakannya merupakan pekerja berulang alik setiap hari ke Singapura.

Advertisement

Terdahulu dalam pembentangan belanjawannya hari ini, Guan Eng berkata, kerajaan komited untuk meningkatkan mobiliti rakyat dengan mengurangkan kos serta menambah baik infrastruktur pengangkutan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top