BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020 – SOKONG PEMBANGUNAN KORIDOR IRDA

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT : Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon menyambut baik perbentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng kelmarin.

Katanya, peruntukan yang disediakan memenuhi keperluan portfolio Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar di negeri Johor serta menyokong aktiviti pembangunan koridor melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA).

“Malah, dana padanan yang diperuntukan berjumlah RM10 juta bagi membiayai inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) turut dialu-alukan.

Advertisement

“Ini kerana, kerajaan negeri Johor kini sedang memperhebat usaha menterjemah dan memacu agenda rendah karbon secara menyeluruh melibatkan masyarakat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Chen Choon yang merupakan Adun Jementah memberitahu, beliau turut menyokong strategi mempromosikan kelestarian alam sekitar di bawah belanjawan berkenaan.

“Ia dilihat melengkapi Dasar Kelestarian Negeri Johor menerusi peruntukan sebanyak RM30 juta bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Advertisement

“Peruntukan tersebut secara tidak langsung bakal memperteguh peranan JAS dalam menguatkuasa, memelihara dan memulihara alam sekitar serta mendepani cabaran dan sebarang ancaman pencemaran seiring dengan pembangunan pesat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mempersiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalinkan kerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan bagi memanfaatkan peruntukan bagi menterjemah inisiatif Bandar Selamat yang berjumlah RM15 juta.

“Manakala, saya turut mengalu-alukan peruntukan berjumlah RM85 juta bagi membangun dan membaikpulih kemudahan asas di kampung-kampung baru.

Advertisement

“Saya percaya peruntukan tersebut akan mensejahterakan penduduk di perumahan awam dan kampung baru di serata negeri Johor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik langkah Kementerian Kewangan memperuntukkan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan kepada anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Sesungguhnya elaun khas tersebut sedikit sebanyak menterjemah penghargaan kepada anggota bomba yang atas dedikasi mereka dalam menjalankan tugas penuh mencabar di lapangan,” katanya.

Advertisement

Justeru, beliau berharap agar belanjawan yang dibentangkan tersebut mendapat sokongan sekali gus kelulusan daripada Ahli Dewan Parlimen.

“Sebagai susulan, saya dan jentera kerajaan negeri bagi portfolio Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar akan bersiap sedia untuk memanfaatkan segala peruntukan di dalam belanjawan dengan sebaiknya dan telus,” katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top