BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020 SELARAS KONSEP RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

harapan-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 31 OKT: Belanjawan 2020 yang dibentangkan baru-baru ini selaras dengan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin, gagasan baharu pentadbiran Islam yang diperkenalkan kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, melalui pelbagai dasar dan program, ia membuktikan komitmen kerajaan bagi membela golongan sasaran dalam rangka pentadbiran Islam di Malaysia, hari ini.

“Belanjawan 2019 sekadar transisi daripada kerajaan dahulu. Kemudian kita lakukan perubahan, ada wawasan kemakmuran bersama.

Advertisement

“Belanjawan 2020 pula menyediakan tapak. Kalau orang bertanya Malaysia baru dalam konteks kerajaan baru, inilah belanjawan yang melahirkan hasrat tersebut.

“Sebab itu, kita letakkan isu golongan tertindas dalam konteks kepada mereka yang memerlukan bantuan

“Segala peruntukan dalam Belanjawan 2020 menyasarkan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup,” kata Mujahid pada program Wacana Rahmah, di Taman Gembira, Rimba Terjun, Tanjung Piai hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, kata Dr Mujahid, tuduhan kononnya kerajaan hari ini tidak membela dan meletakkan agama Islam sebagai keutamaan adalah tidak berasas.

Sebaliknya kata Mujahid, pelbagai program kebajikan dipertingkatkan antaranya termasuk di sektor penting seperti pendidikan melalui kenaikan elaun guru Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

“Guru Kafa selama berpuluh tahun, kerajaan BN tak pernah fikir macam mana nak bela.

Advertisement

“Dalam (keadaan) kos sara hidup yang tinggi untuk menjaga kebajikan 33,000 guru Kafa yang mendidik, kita tambah RM100 dalam elaun mereka.

“Kerajaan Johor pula tambah RM500 menjadikan gaji mereka RM1,500. Apa yang dipastikan ialah gaji minima (untuk mereka)

“Kita nak bantu mereka yang beri khdimat bakti kepada anak-anak kita.

Advertisement

Ini dasar progresif, ini dasar Rahmatan Lil ‘Alamin,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top