BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020 SEDIA HALATUJU EKONOMI BAHARU MALAYSIA – JPDC

johor-petroleum-development-corporation.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT : Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor (JPDC) yakin Belanjawan 2020 yang dibentangkan memberikan halatuju dan menyediakan landasan pembangunan ekonomi baharu untuk Malaysia.

Ketua Eksekutif JPDC, Mohd Yazid Ja’afar berkata, belanjawan berkenaan dilihat sebagai pemangkin pembangunan keupayaan baharu untuk Malaysia bersaing di peringkat global.

Katanya, pada masa sama belanjawan tersebut menyediakan peluang penyertaan ekonomi saksama kepada semua rakyat Malaysia serta memastikan wujudnya prasarana fizikal dan sistem pemudahcara untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Advertisement

Menurutnya, tumpuan kepada pembangunan ekonomi digital dan penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang teknikal dan berkaitan teknologi menjadi faktor menarik pelaburan luar dan membuka banyak peluang kepada industri baharu bertapak di Malaysia.

“Kami percaya langkah kerajaan mengkaji secara menyeluruh dan merombak kerangka insentif sedia ada di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 turut menjadi daya penarik Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di Asia,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, dalam konteks pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) seluas 22,000 ekar, insentif yang dicadangkan itu akan membantu menarik pelabur baharu.

Advertisement

Antaranya, aktiviti penyimpanan minyak dan produk sudah diproses, penapisan minyak, pemprosesan bahan petrokimia serta pembuatan produk berasaskan petrokimia untuk meninjau peluang memulakan operasi dalam fasa kedua pembangunan PIPC.

Kata Mohd Yazid, dalam fasa pertama pembangunan PIPC dua projek oleh dua pelabur pemangkin telah beroperasi.

Jelasnya Dialog Group dan rakan niaganya telah membangunkan Pengerang Deepwater Terminals, pusat penyimpanan minyak berkapasiti 1.3 juta meter padu lengkap dengan kemudahan dermaga laut dalam dibangunkan atas tapak seluas 1,300 ekar dan nilai pelaburan USD2.5 bilion.

Advertisement

“Petronas pula dalam proses menyiapkan pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang di kawasan seluas kira-kira 6,200 ekar merangkumi loji penapisan minyak, loji pemprosesan petrokimia dan pelbagai kemudahan sokongan dengan nilai US27 bilion, termasuk usahasama dengan Saudi Aramco dari Arab Saudi.

“Pelabur lain yang sedang membangunkan projek industri hiliran minyak dan gas di PIPC termasuk Johor Corporation dan Kumpulan Serba Dinamik.

“JPDC sedia menyambut peluang yang digariskan dalam Belanjawan 2020 untuk meneruskan pembangunan PIPC.

Advertisement

“Kami percaya PIPC juga mampu menjadi pelantar untuk pencapaian matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, serta menjadi instrumen pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 kelak,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top