BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020: RM42 JUTA UNTUK BINA PUSAT RAWATAN KUMBAHAN SUNGAI SEGGET

sungai-segget-jb-wikipedia.jpg

Sungai Segget, Johor Bahru Sumber Gambar: Wikipedia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM42 juta bagi pembinaan Pusat Rawatan Kumbahan Sungai Segget di Johor Bahru.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 hari ini berkata, pusat rawatan kumbahan bersepadu itu akan dibina oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Tambahnya, ia merupakan sebahagian daripada peruntukan untuk menyokong aktiviti di bawah koridor mengikut wilayah.

Advertisement

Selain itu, antara pembangunan di bawah koridor yang dirancang ialah Taman Industri Lembah Chuping di Perlis oleh NCIA (RM50 juta), RM69.5 juta untuk projek berkaitan Pelabuhan Kuantan oleh ECERDC.

Manakala RM55 juta diperuntukkan untuk menyokong infrastruktur Taman Industri Samalaju di Sarawak oleh RECODA dan RM20 juta untuk Presint Industri-Agro di Sabah oleh SEDIA.

Terdahulu dalam pembentangannya di Dewan Rakyat hari ini Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk terus menambah baik persekitaran perniagaan di Malaysia.

Advertisement

Katanya, salah satu pembaharuan utama yang akan dilaksanakan ialah memudahkan urusan menjalankan perniagaan (ease of doing
business) dengan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk mendaftarkan perniagaan di Malaysia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top