BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020, RAKYAT JOHOR DIPELAWA BERI CADANGAN

mb-johor-belanjawan-2020-dr-sahruddin-jamal.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 SEPT: Rakyat Johor dipelawa menyumbang cadangan mereka bagi penyediaan input Belanjawan Johor 2020 secara dalam talian di laman web khusus – http://bit.do/KajiSelidikBelanjawanJohor2020

Borang kaji selidik itu dibuka untuk maklum balas orang ramai bermula dari 1 September sehingga 30 September 2019.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sumbangan idea itu bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut terbabit sama mengemukakan pandangan selaras usaha kerajaan negeri membina dan mensejahterakan hidup rakyat.

Advertisement

“Kerajaan negeri akan membentangkan Belanjawan Johor 2020 tidak berapa lama lagi. Belanjawan ini akan memacu Johor untuk menjadi antara negeri yang terbaik dalam Malaysia.

“Namun, saya tidak mahu belanjawan ini hanya ditentukan oleh kerajaan sendiri.

“Saya mahu intipati belanjawan ini lebih bersifat holistik dan inklusif dengan mengambil kira idea, pandangan, input dan ‘sentuhan’ dari Bangsa Johor sendiri.

Advertisement

“Untuk itu, saya menjemput seluruh rakyat Johor untuk memberikan maklum balas semua melalui pautan ini,” kata Sahruddin dalam satu kenyataan.

“Komen dan pandangan anda amat dihargai. Klik pautan untuk sertai kaji selidik ini.

“Jangan lupa kongsi di garis masa bagi war-warkan kajian ini kepada semua rakyat Johor,” kata Sahruddin lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top