BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020, RAKYAT DIPELAWA SALUR CADANGAN

Belanjawan-2020.png
Advertisement

PUTRAJAYA, 9 OGOS: Orang ramai dipelawa menyumbang cadangan mereka bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian pada laman web khusus – belanjawan2020.treasury.gov.my mulai esok hingga 11 September 2019.

Belanjawan 2020 itu akan dibentangkan pada 11 Oktober depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, sumbangan idea itu bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut terbabit sama mengemukakan pandangan selaras usaha kerajaan membina negara dan mensejahterakan rakyat.

Advertisement

“Justeru, rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran untuk berkongsi input atau cadangan di laman web khas belanjawan2020.treasury.gov.my dan menggunakan tanda pagar #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter,” kata kementerian itu.

Malah, sejajar usaha itu, kerajaan menganjurkan Majlis Konsultasi Bajet iaitu forum utama untuk pelbagai pihak mewakili sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi menyumbang idea serta cadangan konstruktif untuk dipertimbang sebagai input dalam merangka strategi dan langkah berkaitan belanjawan.

“Selain itu, beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan turut diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian bermula esok (hari ini),” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top