BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020-PH JOHOR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

IMG-20191011-WA0014.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT : Pakatan Harapan (PH) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan atas Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng petang, kelmarin.

Penolong Ketua Penerangannya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, dalam belanjawan tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM85 juta bagi maksud mengatasi isu kesesakan Tambak Johor.

“Ini bermakna, kerajaan komited untuk membuka 50 kaunter tambahan bagi laluan penunggang motorsikal bahkan operasi kaunter imigresen dan PLUS juga akan ditambah baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Tambah Sheikh Umar lagi, PH Johor turut menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneruskan projek Rapid Transit System Link (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.

“Kami yakin dan percaya, keputusan ini akan melegakan majoriti besar rakyat Johor yang berkerja di Singapura yang dianggarkan mencecah 300,000 orang setiap hari.

“Selain itu, bajet-bajet lain yang melibatkan Johor turut meliputi RM42 juta bagi tujuan pembinaan Pusat Rawatan Kumbahan Sungai Segget.
“Malah, RM30 juta juga turut diperuntukkan bagi meningkatkan keupayaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia.

Advertisement

“Ini terutama apabila Johor khususnya dikejutkan dengan insiden pencemaran Sungai Kim Kim dan RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian,” katanya lagi.

Beliau menegaskan komitmen-komitmen ini membuktikan keperihatinan kerajaan terhadap isu yang membelenggu rakyat khususnya di negeri Johor.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top