BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020: PERPUSTAKAAN DIGITAL BAHARU DI JOHOR

LGE-belanjawan-2020.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Kerajaan bercadang untuk mewujudkan tiga perpustakaan digital baharu antaranya termasuk di Johor, bertujuan menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pendidikan melalui kandungan digital.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawa 2020 hari berkata, selain Johor antara negeri yang bakal mendapat manfaat dari rancangan pembinaan perpustakaan digital baharu ialah di Kedah dan Perak.

Katanya, kerajaan bercadang untuk menubuhkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di semua negeri untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan, terutamanya PKS sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Advertisement

“Sejumlah RM70 juta akan diperuntukkan kepada MDEC untuk menubuhkan pusat-pusat ini sebagai tambahan kepada program ‘100 Go Digital’,” kata Guan Eng.

Terdahulu kata Guan Eng, bagi membangunkan Digital Malaysia, kerajaan memerlukan penyertaan pihak swasta.

Bagi tujuan tersebut, lebih banyak PKS Malaysia perlu menerima pakai langkah pendigitalan untuk operasi syarikat, termasuk Sistem Jualan Elektronik (e-POS), Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP) dan Sistem Pembayaran Gaji Elektronik.

Advertisement

“Oleh itu, kerajaan akan menyediakan 50 peratus geran padanan dengan jumlah sehingga RM5 ribu untuk melanggan perkhidmatan tersebut.

“Geran padanan ini berjumlah RM500 juta untuk tempoh selama lima tahun, dan dihadkan kepada 100 ribu PKS pertama yang memohon untuk menaik taraf sistem mereka.

Dalam pada itu katanya, bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran produk, kerajaan memperuntukkan RM550 juta bagi menyediakan geran padanan Automasi Pintar kepada seribu syarikat pembuatan dan seribu syarikat perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan.

Advertisement

“Geran ini diberikan secara padanan sehingga RM2 juta bagi setiap syarikat,” kata Guan Eng lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top