BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020: PEMBANGUNAN EKONOMI, SAHSIAH BELIA PENTING UNTUK GENERASI AKAN DATANG

IMG-20191004-WA0017.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OKT: Golongan belia di negeri ini berharap agar kerajaan memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi kelompok tersebut, selain usaha pengupayaan akarumbi di luar bandar.

Tinjauan Johorkini mendapati respon golongan belia dan NGO di negeri ini antara lain menekankan kepada kepentingan pembangunan ekonomi dan aspek sosial sebagai persiapan negara berdepan cabaran pada masa akan datang.

Mohd Fakharuddin Moslim

Bagi presiden Persatuan Belia Dinamik Felda Ayer Tawar 5, Mohd Fakharuddin Moslim, 32, beliau berharap pihak kerajaan memperhebatkan lagi pendekatan untuk menarik golongan belia berdaftar dibawah persatuan.

Advertisement

“Ramai anak-anak muda yang bergerak secara sendiri dalam menganjurkan program kemasyarakatan kerana mereka tidak tahu menahu tentang kelebihan yang mereka boleh perolehi jika berdaftar bersama persatuan.

“Maka, saya berharap bagi belanjawan 2020 akan datang, pihak kerajaan akan tumpukan perhatian dalam mengumpulkan anak-anak muda supaya bergerak secara kumpulan,” katanya.

Selain daripada itu, Mohd juga berharap pihak kerajaan menyediakan alternatif yang menarik bagi golongan belia dalam menjana pendapatan berikutan daripada peluang pekerjaan yang terhad.

Advertisement

“Ini termasuklah menyediakan kempen dan program mengalakkan orang ramai untuk berniaga di atas talian, perniagaan kecil dan sebagainya,” katanya.

M. Jay

Bagi presiden Enlight Johor, M. Jay, 24, beliau berkata kerajaan harus pertingkatkan peluang pekerjaan terutamanya di dalam bidang berkaitan sains dan kejuruteraan.

Katanya, ini berikutan daripada perkenalan dan perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), industri berteknologi tinggi.

Advertisement

“Seperti mana yang kita tahu, Malaysia mempunyai banyak graduan muda dari bidang berkaitan sains dan kejuruteraan.

“Menjelang Belanjawan 2020 ini, saya berharap pihak kerajaan akan meningkatkan peluang pekerjaan di dalam bidang ini, supaya ia boleh seimbang dengan perkembangan Industri 4.0 bagi Malaysia menrokai sumber tenaga boleh diperbaharui secara efektif,” katanya.

Amus Tay Su Wee

Bagi seorang usahawan di Pontian, Amus Tay Su Wee, 34, beliau berharap pihak kerajaan perhebatkan lagi promosi berkenaan aktiviti dan program pertanian bagi bajet yang akan datang.

Advertisement

Katanya, pendedahan terhadap program-program berkenaan adalah kurang meluas terutamanya dikalangan petani di kawasan-kawasan kampung.

“Saya pernah menghadiri kursus latihan tanaman bersama Pejabat Pertanian kerana saya juga mengusahakan tanaman durian belanda di Ayer Baloi di sini.

“Boleh dikatakan tidak ramai petani dari kawasan pendalaman yang tahu tentang program-program sebegini,” katanya.

Advertisement

Amus berharap agar kerajaan akan memberikan perhatian dalam promosi dan perhebatkan lagi program-program seperti berikut supaya dapat memanfaatkan petani terutamanya golongan muda.

Pada 11 Oktober ini, Belanjawan 2020 akan dibentangkan dan merupakan belanjawan kedua daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top