BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020 MEMBELA WANITA

IMG-20191127-WA0012.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Adun Maharani, Norhayati Bachok mencadangkan supaya Skim Bantuan Guaman Wanita negeri ini yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 Johor mempunyai mekanisme agihan, tatacara permohonan dan syarat kelayakan pemohon.

“Peruntukkan sebanyak RM 300,000 perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi memastikan para wanita yang memerlukannya dapat memohon bantuan segera untuk mendapatkan pembelaan di mahkamah bagi kes-kes perundangan berkaitan rumah tangga dan perkhidmatan kaunseling.

“Di samping itu, kerajaan juga disaran untuk menggiatkan hebahan tentang inisiatif ini agar para wanita mengetahui tentang kewujudan perkara ini dalam membantu mereka berdepan situasi konflik keluarga,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan perbahasan di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal ketelusan kerajaan yang memfokus kepada ekonomi kaum wanita di negeri ini.

“Kami mendukung semangat kerajaan untuk mengembangkan ekonomi wanita serta bersedia membantu dari inisiatif keusahawanan dan penjanaan pendpaatan termasuk peruntukkan sebanyak RM 1 juta kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT).

Advertisement

“Saya menggesa kerajaan menumpukan fokus kepada perlaksanaan yang dapat membuahkan hasil kejayaan jangka panjang dan jangka sederhana yang lebih ‘sustainable’ dan bukannya berbentuk penganjuran karnival atau acara ‘one-off’ semata.

“Bagi menghasilkan kejayaan yang lebih mampan, sebarang usaha membentuk daya keusahawanan harus melalui latihan insentif, motivasi dan peningkatan kemahiran bukan berbentuk ‘event based’ tetapi melalui usaha yang berfokus dan bersasar dapat memberi impak merubah taraf sosioekonomi wanita,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top