BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020 MANFAATKAN WARGA FELDA – MB JOHOR

mbj-felda-belanjawan-2020.jpg
Advertisement

MUAR, 12 OKT: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam memberi manfaat kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) khususnya di negeri ini melalui peruntukan berjumlah RM810 juta.

Menurut Dr Sahruddin, ini kerana Johor adalah diantara negeri yang memiliki paling banyak kawasan tanah rancangan Felda.

“Dengan peruntukan yang dikhususkan untuk kebajikan masyarakat Felda, sudah tentu masyarakat Johor mendapat manfaatnya khusus warga Felda,

Advertisement

“Bagi memastikan warga Johor menikmati peruntukan belanjawan yang diumumkan, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Tosrin Javanthi akan memperhalusi belanjawan khusus buat warga Felda,” kata Dr Sahruddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di selepas menonton siaran langsung pembentangan Belanjawan 2020 di Muar semalam.

Kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan RM810 juta untuk kebajikan peneroka Felda di bawah Belanjawan 2020, maklum Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat.

Advertisement

Daripada peruntukan berjumlah RM810 juta untuk kebajikan peneroka Felda, sebanyak RM250 juta bertujuan untuk meningkatkan pendapatan seramai 11,600 peneroka.

RM300 juta pula diperuntukkan untuk menghapuskan faedah terakru (accrued) daripada pinjaman peneroka Felda.

Manifesto PH sebelum ini memasukkan janji untuk “menghapuskan hutang yang tidak perlu” yang dikenakan kepada peneroka.

Advertisement

Sementara itu, RM70 juta diperuntukkan bagi perumahan peneroka generasi baru Felda, RM100 juta untuk memperbaiki bekalan air penempatan peneroka dan RM90 juta untuk menaik taraf jalan dan infrastruktur asas.

Bagi menangani kesan harga komoditi rendah, kerajaan akan melancarkan dana pinjaman penanaman semula kelapa sawit berjumlah RM550 juta dengan kadar faedah dua peratus setahun.

Tempoh pinjaman adalah 12 tahun termasuk tempoh moratorium empat tahun tanpa bayaran balik.

Advertisement

Terdapat kira-kira 41 tanah rancangan bagi kawasan Felda Wilayah Johor Bahru, manakala 35 buah tanah rancangan bagi kawasan Felda Wilayah Segamat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top