BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020: KOMITMEN KERAJAAN STABILKAN KEWANGAN NEGARA

IMG-20191011-WA0014.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Belanjawan 2020 yang dirangka bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ adalah komitmen kerajaan untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan belanjawan 2020 hari ini berkata, ia meneruskan matlamat Wawasan 2020 dengan trajektori pertumbuhan baharu berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan baru-baru ini.

“Dalam iklim ekonomi sedemikian, sebagai sebuah negara perdagangan, tidak dapat tidak ekonomi Malaysia akan terkesan.

Advertisement

“Walaubagaimanapun, melalui dasar ekonomi dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan, ekonomi negara akan kekal berdaya tahan.

“Dalam separuh pertama 2019, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 4.7 peratus, dengan kadar pertumbuhan suku kedua pada 4.9 peratus.

“Malah, Malaysia adalah salah satu daripada sebilangan kecil ekonomi di dunia yang mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua berbanding suku sebelumnya,” kata Guan Eng.

Advertisement

Belanjawan 2020 turut sejajar dengan teras Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi memastikan tidak ada pihak yang ketinggalan dalam usaha Malaysia maju ke hadapan.

Jumlah keseluruhan Belanjawan 2020 ialah sebanyak RM297 bilion dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM241 bilion dan RM56 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top