BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020: KEDUDUKAN EKONOMI DAN SOSIAL WANITA MENINGKAT

LCT-wanita.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Kedudukan golongan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial dijangka meningkat berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung.

Beliau berkata, pengenalan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysian@Work), bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk golongan wanita dan belia sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

“Dibawah inisiatif ini, #WanitaKerja (Women @Work) bertujuan mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan setahun untuk wanita berusia di antara 30 hingga 50 tahun yang telah berhenti bekerja selama setahun atau lebih.

Advertisement

“Wanita yang kembali bekerja akan diberi insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, Liow berkata kerajaan Johor amat mengalu-alukan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysian@Work) yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam.

Mengulas pengumuman peningkatan peruntukan untuk penyediaan lebih banyak taska terutamanya di hospital dan sekolah, beliau percaya usaha itu membantu wanita kembali ke dunia kerjaya.

Advertisement

“Peningkatan peruntukan kepada RM30 juta untuk penyediaan taska akan menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus keterlibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai peringkat,” katanya.

Tambahnya lagi ini sejajar dengan program Mama Friendly yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk mewujudkan bilik penyusuan bagi memudahkan ibu-ibu yang bekerja.

Beliau berkata dalam hal ini, Johor akan mengikut jejak Kerajaan Persekutuan demi memastikan golongan wanita terus berada di bidang kerja dan akan dibentangkan Menteri Besar Johor dalam Belanjawan Johor 2020, bulan hadapan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top