BM | EN | 中文

BELANJAWAN 2020 INKLUSIF, BERI PERHATIAN SEMUA GOLONGAN – MB JOHOR

mb-johor-belanjawan-2020.jpg

Sahruddin (kiri) ketika menonton pembentangan Belanjawan 2020 di bersama orang ramai

Advertisement

MUAR, 11 OKT: Kerajaan negeri Johor menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, peruntukan yang diumumkan itu bersifat menyeluruh dan memberi perhatian kepada semua golongan.

Katanya, ia dilihat mampu memberi kesan yang positif terhadap perkembangan ekonomi, selain pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Advertisement

“Kerajaan negeri Johor menyambut baik belanjawan yang dibentangkan.

“Belanjawan kali ini inklusif untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira golongan dari masyarakat dari peringkat bawahan dan atasan.

“Johor mendapat ‘buah tangan’ dalam peruntukan Belanjawan 2020 kali ini. Antara berita baik buat Johor ialah dana sebanyak RM42 juta bagi tranformasi Sungai Segget.

Advertisement

“Kerajaan negeri juga akan dapat tiga sekolah baru iaitu di Kulai, Pasir Gudang dan Johor Bahru.

“Saya berharap dengan tiga sekolah ini dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan masyarakat negeri Johor,” katanya pada sidang media selepas Program Santai Menonton Bajet 2020 bersama MB, di Muar petang tadi.

Tambah beliau lagi, Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang diteruskan serta RM85 juta peruntukan bagi mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor merupakan berita baik buat warga Johor.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, peruntukan RM90 juta bagi tujuan pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan di Hospital Pontian antara komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menambahbaik
kualiti hidup rakyat.

Terdahulu, beliau hadir ke Program Santai bersama Menteri Besar Johor, bagi menonton Ucapan Belanjawan 2020 yang disampaikan secara langsung saluran TV 1 di Elephant Bean Coffee, Muar.

Program santai ini bermula jam 4 petang tadi memberi peluang kepada orang awam yang ingin turut menonton dan berbincang mengenai Belanjawan 2020 yang dibentangkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top