BM | EN | 中文

Belajar Mandarin di Universiti Jinan

Di-hadapan-bangunan-pentadbiran-universiti.jpg

Di hadapan bangunan pentadbiran universiti

Advertisement

Pada 19 Februari 2009, saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar di Kolej Bahasa dan Budaya, Universiti Jinan yang terletak di Guangzhou. Pada waktu inilah saya bertemu dengan beberapa kenalan Melayu dari Malaysia dan Indonesia selain bangsa asing dari seluruh pelusuk dunia.

Asiah, seorang pelajar senior di universiti ini mencadangkan saya memilih Universiti Jinan. Memandangkan saya tiada maklumat langsung mengenai Guangzhou, saya ikutkan sahaja cadangannya.

Misi saya ke Guangzhou sebenarnya bertujuan membina jaringan dengan umat Islam di China melalui projek Jejak Cheng Ho yang dianjurkan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) selain mencari bahan dan maklumat mengenai perkembangan Islam di China dan kajian sosial tokoh Islam terkemuka iaitu Cheng Ho atau Haji Muhammad Zheng He.

Advertisement

Bersama rakan-rakan Malaysia di universiti 1

Sebagai permulaan, saya perlu mempelajari Bahasa Mandarin terlebih dahulu bagi memudahkan komunikasi dengan masyarakat di sini yang hanya boleh berbahasa Cina.

Belajar bahasa ini di negara asalnya lebih mudah, cepat dan berkesan. Saya pernah belajar di Malaysia tetapi apa yang dipelajari tidak lekat di kepala. Mungkin disebabkan saya tiada kawan Cina untuk diajak berbual. Ditambah pula dengan kesibukan belajar dan aktif berpersatuan di universiti.

Pada penghujung tahun pertama saya bekerja, fikiran asyik diterjah dengan persoalan, “Mengapa saya tidak luangkan masa untuk pelajari bahasa Mandarin di China?” Hari demi hari saya berfikir untuk satu keputusan besar iaitu meletakkan jawatan sebagai peguam.

Advertisement

Ya, akhirnya saya nekad berhenti. Saya juga berasa bersalah dengan GPTD kerana tidak menunaikan cita-cita grup untuk menginfaq masa selama setahun ke China. Jadi, alang-alang usia masih muda,tenaga masih kuat, dan komitmen belum berbilang, lebih baik saya gunakan peluang ini.

Bersama rakan-rakan Malaysia di universiti 2

Rupa-rupanya tidak susah belajar Bahasa Mandarin di sini. Satu semester sahaja sudah memadai untuk komunikasi asas Bahasa Mandarin. Bertutur dengan masyarakat luar itu lebih penting bagi menguji kefahaman orang lain terhadap apa yang kita tuturkan dan sebaliknya.

Walaupun bahasa pertuturan warga Guangzhou adalah Bahasa Kantonis, Bahasa Mandarin adalah bahasa standard negara yang boleh difahami dan dipertutur oleh kebanyakan masyarakatnya.

Advertisement

Justeru, tidak menjadi masalah untuk menaiki teksi, membeli-belah, bersiar-siar dan melakukan sebarang aktiviti lain. Selain kemahiran bertutur, kemahiran mendengar pun perlu diasah. Ini kerana memahami apa yang dipertuturkan orang lain kepada kita juga penting.

Adakalanya saya tidak faham apa yang cuba disampaikan penutur. Tanpa segan silu, saya tanya kembali. Mereka akan cuba terangkan dalam bahasa yang mudah kerana mereka kenal saya ini orang asing. Dengan cara inilah, saya juga dapat mengenali beberapa perkataan baru.

Di universiti ini kami diajar penguasaan empat bidang dalam bahasa iaitu penulisan, pemahaman, pendengaran dan pertuturan. Jika rajin dan kuat menghafal karakter tulisan hanzi, ia dapat memudahkan lagi kehidupan di sini apabila tulisan dapat dibaca.

Advertisement

Sewaktu mula-mula belajar dahulu, saya terpaksa melatih lidah untuk menyebut betul-betul nama kampus ini iaitu “Ji Nan Da Xue Hua Wen Xue Yuan” (暨南大学华文学院 ). Berbelit juga lidah menyebutnya.

Apabila menaiki teksi, jika hanya menyebut “Ji Nan Da Xue” (Universiti Jinan), boleh jadi pemandunya tercengang. Universiti Jinan biasanya merujuk kepada sebuah universiti lain yang terkenal di Shandong. Shandong terletak kira-kira 1,890 km  dan memakan masa selama hampir sehari perjalanan menaiki kereta dari Guangzhou.

Bersama rakan-rakan Malaysia di universiti 3

Bagi kawan-kawan yang berminat pelajari Bahasa Mandarin dengan lebih efektif, bolehlah mengikuti jejak langkah saya. Susah untuk saya gambarkan keseronokan belajar menurut kaedah pembelajaran di China.

Advertisement

Jadual kelas yang padat dan guru yang bersungguh-sungguh berjaya membuatkan kita seronok belajar. Di sini bukan saja belajar bahasa, anda juga perlu belajar budaya. Inilah kekuatan yang ada pada bangsa Cina. Bolehlah dikatakan jika anda pandai berbahasa Cina, anda sudah jadi seperti orang Cina. Apatah lagi setelah anda menetap di sini, sudah tentu sedikit sebanyak anda akan terikut dengan budaya mereka.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top