BM | EN | 中文

“Bela nasib, bantu pendidikan hingga ke universiti 5,000 kanak-kanak yatim akibat wabak Covid-19”

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Kerajaan perlu membela nasib 5,000 kanak-kanak yang menjadi yatim akibat wabak Covid-19, kata ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Katanya, kerajaan Malaysia perlu menyediakan pusat jagaan anak yatim piatu khas untuk memberikan pendidikan kepada mereka dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, selain menjaga keperluan dan kebajikan mereka

“Jumlah kematian akibat Covid-19 selama 22 bulan wabak itu menular telah melepasi paras 29,000 dan kira-kira 5,000 kanak-kanak telah menjadi yatim piatu ekoran kehilangan ibu bapa mereka yang terkorban akibat wabak itu.

Advertisement

“13 bulan adalah masa yang diambil oleh Malaysia untuk merekodkan 1,000 kematian pertama pada 17 Februari 2021, namun, jumlah keseluruhan kes kematian meningkat dari 28,000 kepada 29,000 hanya dalam tempoh dua minggu sahaja.

“Jangkaan terburuk saya terbukti benar, bahawa pada 100 hari pertama Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Kesihatan, iaitu 7 Disember 2021, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia akan melepasi paras 30,000,” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, usaha tersebut perlu dilakukan kerajaan dalam membela nasib 5,000 kanak-kanak berkenaan yang sekelip mata menjadi yatim piatu akibat penularan Covid-19.

Advertisement

“Kerajaan harus bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka kerana mereka kehilangan ibu bapa akibat daripada kegagalan kerajaan untuk menurunkan angka kematian akibat Covid-19 ke paras yang serendah mungkin,” ujarnya.

Beliau turut bimbang sekiranya wabak Covid-19 akan meragut lebih banyak nyawa berbanding wabak Selsema Sepanyol yang berlaku pada 1918, dengan kematian 34,644 orang di Malaysia.

Tambah Kit Siang, Malaysia mempunyai jumlah kematian per sejuta penduduk tertinggi di rantau ASEAN dan Asia Timur dengan 876 kematian per sejuta penduduk

Advertisement

“(Ia) sebuah rekod yang mencerminkan kemampuan kerajaan yang teruk selain sistem kesihatan awam yang lemah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top