BM | EN | 中文

BEKOK, CHAAH SESUAI JADI DESTINASI AGRO-PELANCONGAN

agro-pelancongan.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 22 SEPT: Kedudukan pekan Bekok dan Chaah yang dikelilingi kebun sayur dan dusun buah-buahan wajar dimanfaatkan untuk menjadi destinasi agro-pelancongan terkemuka di negeri ini.

Adun Bekok Dr S Ramakrishnan berkata, selain untuk dipasarkan kepada pemborong dan peruncit, dusun di kawasan ini, ia mampu menjadi produk agro-pelancongan bagi membolehkan pelancong menikmati keenakan buah-buahan tempatan dalam suasana semulajadi.

“Di sini ada banyak pokok durian. Pelancong boleh datang ke kebun dan makan durian dengan kadar yang murah dalam jumlah yang banyak.

Advertisement

“Kita mahu kawasan ini dikenali sebagai pekan buah-buahan. Jadi kita cadang untuk wujudkan agro-pelancongan di pekan Chaah dan Bekok,” kata Dr S Ramakrishnan ketika ditemui Johorkini, baru-baru ini.

Kata Ramakrishnan, kejayaan pihaknya menganjurkan ekspo tani dan buah-buahan selama dua tahun berturut-turut dapat membantu para petani dan pengusaha dusun buah-buahan di kawasan ini bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Kita sudah minta para pekebun untuk buat satu industri kecil untuk memproses makanan.

Advertisement

“Pelancong pula boleh datang dan tengok sendiri proses tersebut,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor itu berkata, bagi menyokong industri hiliran itu, pihaknya turut memohon peruntukan bagi penambahbaikan infrastruktur gerai jualan dan medan selera di pekan Bekok.

“Pembaikan itu bertujuan menarik pengunjung luar dan tempatan bagi menghidupkan suasana medan selera yang suram.

Advertisement

“Ada medan selera yang tandas dan lampunya telah rosak dan perlu dibaiki. Jadi, selepas diubahsuai kita boleh rancang program untuk menghidupkan medan selera itu,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya turut merancang mewujudkan tempat kepada golongan muda membuat persembahan kugiran, tarian dan sebagainya secara percuma.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top