BM | EN | 中文

BEKAS VOKALIS KUMPULAN TERKENAL 90AN DITAHAN KERANA DADAH

polis-dadah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Seorang penyanyi lelaki terkenal tanah air ditahan dengan sejumlah dadah jenis syabu di kawasan Taman Perling, di sini, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan bersama dengan seorang lagi lelaki ketika kedua-dua mereka sedang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Dadah berkenaan dikatakan ditemui dalam dompet penyanyi tersebut, yang juga vokalis sebuah kumpulan pop-rock terkenal era 90-an.

Advertisement

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas penyanyi tersebut serta rakannya juga positif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad mengesahkan penahanan penyanyi itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Terdahulu, penyanyi berkenaan pernah ditahan reman selain didakwa di Mahkamah Majistret berikutan terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Advertisement

Beliau juga pernah memenangi tempat ketiga dalam sebuah program realiti yang mengumpulkan penyanyi lama dan kemudiannya kembali bergiat aktif dalam dunia seni.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top