BM | EN | 中文

BEKAS VOKALIS KUMPULAN POPULAR 90-AN DIBEBAS DENGAN JAMINAN POLIS

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an yang direman berkaitan kesalahan dadah, dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata penyanyi lelaki berumur 41 tahun itu dibebaskan pada jam 5 petang semalam.

“Seorang lagi lelaki yang ditahan bersama penyanyi terbabit turut dibebaskan dengan jaminan polis, bersekali dengan penyanyi itu,” katanya yang dihubungi malam tadi.

Advertisement

Mahkamah sebelum ini membenarkan lelaki itu direman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din, semalam dilaporkan berkata penyanyi lelaki berkenaan ditahan bersama seorang lelaki lain di tepi Jalan Camar 1/3, Taman Perling, di sini, menerusi ‘Ops Pintu Khas’ yang dilancarkan anggota Balai Polis Taman Perling bermula 11.35 malam, Ahad.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Sesyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sesyen 15 (1)(a) akta yang sama, katanya.

Advertisement

Kamarudin berkata hasil semakan kad pengenalan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan hasil pemeriksaan fizikal terhadap vokalis terbabit, polis menemui sepaket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu.

Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top