BM | EN | 中文

Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu berhubung kes ‘Datuk Seri Nicky’

Bekas-Timbalan-Pendakwa-Raya-diburu-berhubung-kes-Datuk-Seri-Nicky.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MAC: Polis Johor sedang mengesan seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu siasatan kes berkaitan pengubahan warig haram dan jenayah komersial di negeri itu

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki yang diburu itu dikenali sebagai Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A. Janus, 42, dan beralamat terakhir di Puchong, Selangor.

Beliau berkata lelaki terbabit merupakan individu penting dalarm kegiatan sindiket penipuan selain mempunyai kaitan dengan kes Datuk Seri Nicky Low Soon Hee.

Advertisement

Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu telah menamatkan perkhidmatan dan dipercayai sudah melarikan diri.

“Individu atau ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan beliau, sila berhubung dengan ASP V Prakash di talian 012-5209767,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perbarisan sempena sambutan Harl Polis ke-214 di sini, hari ini.

Advertisement

Ayob Khan berkata sehingga kini seramai 92 individu yang mempunyai kartan dengan sindiket

Ayob Khan berkata sehingga kini, seramai 92 individu yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkaitan Datuk Seri Nicky berjaya ditahan di Puchong baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya yakin ada individu lagi yang akan diberkas dalam masa terdekat ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top