BM | EN | 中文

BEKAS WARTAWAN SUARA KEADILAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT JANGKITAN PARU-PARU

Ermizi-Muhamad.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Bekas wartawan Suara Keadilan, Ermizi Muhamad hari ini meninggal dunia di Institut Perubatan Respiratori di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

Perkara tersebut dinyatakan dalam kumpulan Whatsapp Alumni akhbar Suara Keadilan tengah hari tadi.

“Innalillahiwailaihirojiun. Dukacita sangat. Ermizi sudah menghembus nafas terakhir,” tulis Yuisriah Yusri, ketua jurugambar akhbar Suara Keadilan.

Advertisement

Pada dua bulan lalu, Ermizi atau nama sebenarnya Muhammad Noraizie Ramlan, dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana disyaki terkena penyakit kencing tikus.

Ermizi kemudiannya dikesan terkena jangkitan paru-paru minggu lalu dan berulang-alik dari rumahnya di Bandar Permaisuri Cheras ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, Allahyarham pengsan di klinik kesihatan sebelum dikejarkan ke unit rawatan khas (ICU) di HKL.

Advertisement

Selain Suara Keadilan, Ermizi juga pernah bertugas di portal ProjekMM dan SelangorKini, akhbar milik kerajaan Selangor.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Johorkini mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top