BM | EN | 中文

Bekas pengurus besar kanan FGV Holdings didakwa terima suapan RM10,000

FGV-pegwai-SPRM.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 22 OKT: Seorang bekas pengurus besar kanan FGV Holdings Berhad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM10,000, Mac tahun lalu.

Norazam Abdul Hameed, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hdapan Hakim Rihaida Rafie.

Teruduhan didakwa menerima suapan itu daripada Mohd Rizal Md Kassim sebagain dorongan bagi mengesyorkan pelantikan syarikat MRA Sustainable Solution untuk kerja-kerja pengauditan bagi Pensijilian Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (ISCC) milik FGV Palm Industries Sdn Bhd.

Advertisement

Kerja-kerja pengauditan tersebut bagi lapan kilang sawit iaitu Keratong 9, Palong Timur, Maokil, Bukit Sagu, Lepar Hilir, Serting Hilir, Lepar Utara 06 dan Serting.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta di Jalan Prima Saujana 2/1, Taman Prima Saujana, Kajang, antara jam 10.45 hingga 11.05 pagi, 2 Mac 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Diana Nor Azwa menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguam Mohd Hisyam Mad Nen, yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak guamnya kehilangan kerja serta perlu menanggung tiga anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM dan menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Advertisement

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk prosiding seterusnya.

Semalam, Norazam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan bersetuju menerima rasuah wang tunai RM10,000 daripada individu sama atas kesalahan sama.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top