BM | EN | 中文

Bekas MB Johor ucap tahniah MP Parit Sulong tarik sokongan keatas PM, kerajaan PN

khaled_nordin.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 8 OGOS: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada ahli parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang meletakkan jawaran dan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Khaled Nordin berkata, keputusan tersebut selari dengan ketetapan yang dibuat oleh UMNO untuk menarik sokongan ke atas Perdana Menteri dan kerajaan PN yang telah gagal menguruskan krisis ekonomi dan ancaman pandemik COVID-19 dengan baik.

“Saya harap tindakan dan keputusan berprinsip seperti ini akan menjadi suri teladan dan ikutan yang baik kepada semua ahli parlimen UMNO yang masih mendukung PN.

Advertisement

“Adalah tidak wajar untuk terus menyokong kepimpinan dan kerajaan yang sudah kehilangan kepercayaan dan rasa hormat dari rakyat serta ketiadaan sokongan majoriti.

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang mengambil pendirian berprinsip meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Tahniah dan terima kasih kerana percaya dan memilih untuk bersama dengan parti serta tidak mengutamakan jawatan atau kedudukan dalam sebuah kerajaan yang dilihat gagal oleh rakyat,” katanya dalam hantaran di laman facebook, baru-baru ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top