BM | EN | 中文

Bekas MB Johor, Osman Sapian meninggal dunia

datuk_osman_sapian_bernama.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11.45 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh abangnya, Aziz Sapian, awal pagi tadi.

“Saya diberitahu mengenai pemergiannya oleh salah seorang adik saya lebih kurang (pukul) 11 lebih tadi.

Advertisement

“Buat masa ini, ahli keluarga di Kuala Lumpur sedang menguruskan urusan jenazahnya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi tengah malam tadi.

Pada 13 Okt lepas, Osman, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas dan Ketua Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di Johor Bahru selepas diserang strok ringan.

Pada November lalu dia dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Advertisement

Osman dilantik sebagai menteri besar ke-16 Johor selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.

Dia adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top