BM | EN | 中文

Bekas MB Johor masuk hospital, kena serangan strok ringan

Osman-Sapian.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT: Bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di Johor Bahru semalam selepas diserang strok ringan.

Anaknya, Nornekman berkata Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas dimasukkan ke hospital itu kira-kira 10 malam.

“Alhamdulillah, keadaan ayah saya semakin stabil. Beliau sudah boleh bercakap dan menjawab panggilan telefon sebentar tadi.

Advertisement

“Ayah saya sedang dalam proses untuk mendapatkan rawatan hospital di Kuala Lumpur. Saya dengan ini memohon doa daripada tuan dan puan agar kesihatan ayah saya pulih seperti sediakala,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersatu negeri Senator Md Nasir Hashim berkata perkara itu memeranjatkan seluruh ahli Bersatu di Johor.

“Berita ini sangat mengejutkan dan saya dimaklumkan perkara ini ketika berada di Dewan Negara,” katanya.

Advertisement

Adun Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata beliau akan ke ibu negara esok bagi menziarahi Osman.

“Saya dimaklumkan beliau berada dalam keadaan yang stabil,” katanya.

Osman, 70, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.

Advertisement

Beliau merupakan menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 hingga 8 April 2019.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top