BM | EN | 中文

Bekas MB Johor dilantik pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

gmbr-fail-mb-johor-sahruddin-jamal-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUN: Bekas menteri besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang baru.

LPNM, dalam kiriman di Facebook, mengucapkan tahniah kepada Sahruddin atas pelantikan tersebut.

“Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sahruddin atas pelantikan sebagai pengerusi LPNM yang baru,” kata kenyataan pada laman rasmi LPNM semalam.

Advertisement

Sahruddin dalam pada itu turut membuat lawatan ke Ibu Pejabat LPNM di Wisma Nanas Johor Bahru.

Ketibaannya disambut oleh Ketua Pengarah LPNM, Ruhaida Mashhor, bersama Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah Kanan dan Bahagian Serta Ketua Unit.

Sahruddin turut diberi penerangan dan taklimat secara ringkas mengenai LPNM serta halatuju Industri nanas negara di pejabat beliau .

Advertisement

Beliau sebelum ini merupakan Menteri Besar Johor yang paling singkat berkhidmat setelah kerajaan Johor pimpinan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari.

PH tumbang selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik diri daripada gabungan itu untuk membentuk kerajaan kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) bersama BN dan PAS.

Sahruddin yang juga wakil rakyat Bersatu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong meletakkan jawatan sebagai menteri besar kerana partinya telah bersetuju untuk menyerahkan jawatan menteri besar Johor kepada parti Umno.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top