BM | EN | 中文

Bekas MB Johor belum pulih, tapi stabil

Osman-Sapian-1.jpg

Gambar Ehsan thestreetsmy.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 NOV: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian belum pulih sepenuhnya, namun berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Mohd Solihan Badri.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu masih dirawat di Hospital Serdang, Selangor.

Advertisement

“Saya dimaklumkan oleh keluarga beliau, Osman belum pulih sepenuhnya dan belum dapat menggerakkan anggota badannya.

“Beliau masih perlu mendapatkan rawatan,” kata Solihan, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai status kemajuan projek naik taraf Persimpangan Bertingkat Kempas, di sini, semalam.

Advertisement

Pada 13 Oktober lalu, Osman, 70, dilaporkan menghadapi serangan angin ahmar di kediamannya.

Osman adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan pertama daripada BERSATU yang dilantik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dan menjawat jawatan itu selama 11 bulan sebelum melepaskan jawatan pada April 2019.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa BERSATU Johor dan Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top