BM | EN | 中文

Bekas Exco Johor bergelar ‘Datuk’ diarah bela diri tuduhan rasuah RM35.7 juta

Latif-Bandi-BN-Johor.png

Datuk Abd Latif Bandi, bekas Adun Endau

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 NOV: Mahkamah Tinggi dl sini hari ini mengarahkan bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Abd Latif, 55, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48.

Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM1.1 juta dengan cagaran tanah bagi kesemua pertuduhan.

Advertisement

“Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah salah kerana tidak mempertimbangkan banyak isu penting dalam kes tersebut.

“Mahkamah Juga memutuskan bahawa kesemua elemen telah dibuktikan secara prima fade dan mahkamah menetapkan 14 Nov ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah di sini hari ini.

Barisan pendakwaan diketuai Wan Shaharuddin dan pembelaan diketuai Peguam Datuk Salehuddin Saidin.

Advertisement

Pihak media tidak dibenarkan memasuki mahkamah bagi mengikuti prosiding atas arahan mahkamah kecuall keluarga terdekat ketiga-tiga tertuduh.

Pada 14 Jun 2017, ketiga-tiga tertuduh didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 Juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun pada 21 April 2019 membuat keputusan melepas dan membebaskan Abd Latlf, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Sharlffuddin, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Advertisement

Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B).

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Prosiding hari ini dijalankan bagi menetapkan sama ada bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah itu, perlu membela diri atau tidak.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top