BM | EN | 中文

Bekas Datuk Bandar MBIP, Salehuddin Hassan dilantik pegawai kewangan negeri Johor yang baru

Salehuddin-Hassan-dilantik-Pegawai-Kewangan-Negeri-Johor-yang-baru.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Datuk Salehuddin Hassan hari ini dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor yang baru.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, memaklumkan Salehuddin menggantikan Datuk Abdul Rahim Nin yang bersara selepas lebih tiga tahun berkhidmat dalam jawatan itu.

Majlis angkat sumpah dan pengurniaan watikah pelantikan disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pagi ini.

Advertisement

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Salehuddin, 57 tahun, berkelulusan dalam bidang pengurusan perniagaan serta perbankan, dan telah memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Segamat pada tahun 1992.

Selain daripada Datuk Bandar MBIP, beliau turut pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dan Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top