BM | EN | 中文

Bekalan vaksin untuk Selangor bukan 2.9 juta, CITF akui silap

vaksin-covid-19.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 5 JUN: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengakui kesilapan mereka apabila menyebut kerajaan Selangor menerima 2.9 juta bekalan vaksin.

SelangorKini melaporkan CodeBlue yang memetik kenyataan CITF kepada mereka pada hari ini, hanya 615,210 dos vaksin diberi kepada negeri berkenaan setakat 1 Jun.

“Statistik kepada CodeBlue sebelum ini termasuk jumlah stok dalam premis kerajaan yang masih tersimpan di gudang pengedar yang terletak di Selangor sebelum diedar ke seluruh negara,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Kenyataan berkenaan juga menyebut Selangor negeri tertinggi menerima vaksin iaitu 615,210 dos diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (578,130) serta Johor (370,680).

Laporan CodeBlue juga ada menyebut CITF kesal atas kesilapan data itu kepada portal berkenaan.

Khamis lalu, Dr Siti Mariah menjelaskan Selangor cuma menerima sekitar 615,000 bekalan dos vaksin setakat 1 Jun membabitkan 434,070 vaksin Pfizer BioNTech selain Sinovac (146,440) dan AstraZeneca (34,700).

Advertisement

Kenyataan tersebut bertujuan menyangkal laporan CodeBlue bertajuk ‘Selangor Received 2.9 Million Covid-19 Vaccine Doses: Mosti

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top