BM | EN | 中文

Bekalan PPE di Johor mencukupi, berbaki antara 27 hingga 187 hari

Peralatan-perlindungan-peribadi-PPE.jpg

Gambar Ehsan edgeprop.my

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, stok pakaian perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas kesihatan di negeri ini adalah mencukupi.

Vidyananthan dalam satu kenyataan semalam berkata, stok PPE menunjukkan bekalan mencukupi untuk semua 16 jenis item bagi tempoh diantara 27 hingga 187 hari.

“Pemantauan harian stok PPE menunjukkan bekalan mencukupi untuk semua 16 jenis item bagi tempoh 27 hingga 187 hari, berdasarkan jenis PPE,” kata Vidyananthan.

Advertisement

Katanya, PPE sangat penting dalam memastikan petugas kesihatan dilindungi dari dijangkiti virus Covid-19 semasa menjalankan tugas dan bergantung kepada bekalan yang mencukupi.

Pemakaian PPE yang bersesuaian berdasarkan lokasi bertugas di kawasan berisiko tinggi seperti Pusat Saringan Pengambilan Sampel (Swabbing Centre), Pusat Kuarantin, wad tertentu di hospital yang menempatkan pesakit positif Covid-19 dan Person Under Investigation (PUI).

Terdapat 16 jenis item PPE yang digunakan oleh petugas kesihatan seperti 3-ply mask, N95 mask, Plastic Apron, Isolation Gown, Head Cover, Shoe/Boot Cover, Goggle, Face Shield, Gloves, Hand Sanitizer, Protective Coverall dan sebagainya.

Advertisement

“Penggunaan dan pemakaian jenis PPE adalah berdasarkan lokasi bertugas dan sama ada perlu melakukan prosedur invasif,” ujarnya lanjut.

Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu, persatuan dan juga in-house production oleh staf dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Penjara Malaysia dan lain-lain telah memastikan bekalan PPE secara berterusan untuk petugas kesihatan.

“Petugas kesihatan juga sentiasa diingatkan untuk mematuhi pemakaian PPE yang bersesuaian berdasarkan skop tugas dan lokasi bertugas bagi mengelakkan pembaziran,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top