BM | EN | 中文

Bekalan makanan di Johor mencukupi, mudah didapati

R-Vidyananthan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 APR: Bekalan makanan di Johor antaranya seperti gula, minyak masak, tepung gandum, telur, beras, sardin dan mee segera mencukupi dan mudah didapati di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata pihaknya mendapat laporan bahawa bekalan makanan itu mencukupi hasil pemeriksaan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Malah bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 200 penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan di premis runcit, pemborong dan pengilang di seluruh negeri bagi memastikan ia mencukupi.

Advertisement

Difahamkan sehingga 2 April, sebanyak 1,224 premis peruncit, pemborong dan pengilang telah diperiksa termasuk pada hujung minggu.

“Tinjauan yang dijalankan juga menunjukkan stok simpanan bekalan barang keperluan di pemborong mencukupi bagi menampung permintaan harian.

“KPDNHEP juga tidak mengesan sebarang kenaikan harga barang secara mendadak ke atas barang-barang keperluan sepanjang tempoh PKP ini,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau berkata, kerajaan negeri mengucapkan syabas dan tahniah pasukan keselamatan yang telah dan terus memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top