BM | EN | 中文

Bekalan barangan harian di Johor mencukupi

IMG-20200211-WA0006.jpg

Anggota dan pegawai KPDNHEP sedang membuat pemeriksaan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 FEB: Bekalan barang keperluan seperti makanan dan keperluan asas di negeri ini mencukupi khususnya bagi kawasan sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang.

Exco Kepenggunaan, Sumber Manusia Dan Perpaduan negeri, Dr S Ramakrishnan berkata, kesemua barangan keperluan termasuk barangan kawalan mencukupi dan mudah diperoleh.

“Merujuk kepada video memaparkan rakyat Singapura membuat pembelian panik barangan isi rumah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mengambil inisiatif membuat pemeriksaan terhadap bekalan di negeri ini.

Advertisement

“Sejumlah 1,124 premis telah diperiksa sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang yang merupakan tumpuan rakyat Singapura mendapati barangan keperluan mencukupi dan mudah diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini tular rakaman video memaparkan rakyat Singapura membuat pembelian panik susulan amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) daripada tahap kuning kepada jingga yang dikeluarkan kerajaan negara itu ekoran jangkitan koronavirus.

Tambah Ramakrishnan, pemeriksaan tersebut dilaksanakan oleh seramai 60 pegawai dan anggota KPDNHEP Johor sejak 8 Februari lalu hingga hari ini.

Advertisement

“Kementerian akan memastikan bekalan barang keperluan tidak terputus dan dijual pada harga berpatutan termasuklah barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung agar dijual pada harga ditetapkan,” tambahnya.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mahu membuat sebarang aduan berkenaan kekurangan bekalan barangan atau kenaikan harga boleh menghubungi talian 03-80008000, 1800 886 800, 03 – 8882 6245 atau kunjungi pejabat KPDNHEP.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top