BM | EN | 中文

BEKALAN AIR BERJADUAL DI TIGA KAWASAN DI JOHOR

span.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Pihak Ranhill SAJ telah mula melaksanakan bekalan air berjadual (BAB) di tiga kawasan di Johor semalam berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta kekurangan taburan hujan sejak dua minggu lepas.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pembekalan air berjadual itu berlangsung selama sebulan sehingga 2 Okt ini.

Pelaksanaan bekalan air berjadual itu turut menjejaskan 149,550 pengguna dari 29,910 akaun di sekitar daerah Simpang Renggam, Layang-Layang dan Pontian utara, menurut kenyataan itu lagi.

Advertisement

“Bagi memastikan bekalan air bersih dapat dioptimumkan pembekalannya walaupun dalam keadaan sumber yang terhad, Ranhill SAJ akan mengaturkan pembekalan secara 36 jam dengan bekalan dan 36 jam seterusnya tanpa bekalan sepanjang tempoh sebulan itu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut cuaca panas itu telah menyebabkan paras air di Empangan Machap, dekat sini, terkesan secara langsung.

Menurut SPAN, selain Empangan Machap, tiga empangan lain di negeri ini turut berada di bawah paras kritikal iaitu melibatkan Empangan Lebam, Empangan Uper Layang dan Empangan Pulai.

Advertisement

Bagaimanapun, bekalan air di kawasan agihan yang terlibat masih terkawal kerana terdapat pengepaman air mentah dari Empangan Seluyut untuk Empangan Lebam dan Upper Layang dan Empangan Pontian Kecil untuk Empangan Pulai 2.

“Para pengguna yang terlibat dinasihat menggunakan air secara berhemat dan bersedia dengan menyimpan air secukupnya bagi menghadapi hari tanpa bekalan yang dijadualkan.

“Dalam masa sama, SPAN akan terus memantau situasi paras air di empangan-empangan bekalan air utama di seluruh negara dan mengemukakan laporan dari semasa ke semasa kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top